
|
|
calendar
| << September 2009 >> | ||||||
| Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
| 01 | 02 | 03 | 04 | 05 | ||
| 06 | 07 | 08 | 09 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | |||
credits
(Teaser # 3) Once upon a time: cinta Dewa Dewi
Lokasi: Rumah Yasmeen kat kampung
Pelakon utama: Yasmeen/ Adam
Pelakon Sampingan: Ibu dan Abah Yasmeen
Pelakon Penyibuk: Cik Spy Sulit
Cik spy sulit: Pernah tak kita terfikir, kadang-kadang manusia jadi buta kerana cinta. Kadang-kadang manusia jadi kurang waras juga kerana cinta. Hanya 5 huruf C.I.N.T.A tetapi kuasanya amat besar. Tengoklah Yasmeen, keras kepala ke dia? sebab pinangan dah diterima tetapi dia tetap gak selamba badak bawak Adam balik kampung
“Kenapa Meen tak cakap dengan ibu nak balik?”
“Meen nak kenalkan Adam pada ibu dan abah… dia nak masuk meminang.”
Cik spy sulit: kesian Yasmeen, dia sebenarnya keliru. memang dia cintakan Adam tetapi dia sayangkan juga keluarganya. Tetapi, Yasmeen tetap Yasmeen yang punya semangat juang yang tinggi.
Korang tahu tak masa ni kan, Yasmeen dah kecut macam tikus jumpa kucing. wajah abah Yasmeen masa ni macam singa lapar yang sangat mengerunkan. (Dah naik pangkat dari kucing ke singa lapar :p)
“Meen dah tahukan abah dah terima pinangan dari haji Sazali, kenapa pula nak bawak Adam lagi?”
“Ibu dan jadi macam abah… lebih pentingkan kawan dari anak sendiri.” Yasmeen membentak geram. Air teh dikacau kasar dan berdenting-denting bunyi sudu yang berlaga dengan teko kaca.
Cik spy sulit: kesian kan Yasmeen... korang kesian tak kat Yasmeen? kalau kesian marilah kita berdoa agar jodohnya dengan Adam panjang. mungkin bukan hari ini jodoh mereka, tetapi siapa yang tahu percaturan Allah di masa akan datang kan?
lokasi: koridor pantry
Pelakon utama: Yasmeen & Ariel
Pelakon pembantu: cik spy sulit
cik spy sulit: tahu tak kepala Yasmeen masa ni dah keluar asap dan ada sikit percikan api. Kalau silap gaya kena panggil bomba. Ariel pun tak kurang hebatnya.Mata dia bukan main bulat terbeliak memandang Yasmeen dia pandang kecil macam semut tu.
“Sejahat-jahat I pun Encik Ariel, I tahu mana yang halal dan mana yang haram.” Mata Ariel yang garang ditatap tidak berkelip.
“Wah, nak jadi ustazah nampak.”
MasyaAllah Ariel ni bercakap macam orang tak ada pedoman hidup.
“I tak nak jadi ustazah dan I pun tak nak you jadi ustaz. sendiri mau ingatlah mana neraka dan mana syurga. That’s your life anyway.”
cik spy sulit: Sebenarnya kan derang berdua ni tak perasan agaknya menjadi tontonan orang. ada ke dekat koridor pantry ni nak bertekak. Kalau orang lain dengar macam mana? ni hah cik spy sulit nak gi pantry pun tak jadi tau sebab takuttttttttttt tengok encik Ariel tu dah tumbuh tanduk.. dia tu garang sangat walau pun ada lah sikit macam handsome :p
agak-agak kan boleh tak Yasmeen ni lawan Ariel? alaaaaaaaaa kenapa korang diam je? jawab le sikit.. nanti kang cik spy sulit merajuk terus tak de entry, terus tak de teaser baru tau...
peace ok peace...
Yasmeen tanya Pada Ariel apa makna cinta?
Lalu Ariel menjawab dengan hidung yang terkembang-kembang bangga.
Kata Ariel:
Menurut Kamud Dewan Edisi Keempat, muka surat 280-281. Cinta itu bermaksud 'perasaan atau berperasaan sangat berahi antara lelaki dan perempuan.'
Ariel memang dah 100% rasa jawapan dia tu lah paling tepat. Tapi tahu tak apa jawapan Yasmeen?
Yasmeen kata salah dengan muka yang kerek ala muka kerek cik singa jadian.
Cik spy nak tanya ni kenapa salah ek jawapan Ariel?
| Next Page |