Your Ad Here
Anekdot

Kritiklah saya,
agar saya bisa menulis lagi.
Hentamlah saya,
agar saya bisa bangun kembali.
Pujilah saya,
agar saya bisa tersenyum.
Tegurlah saya,
agar saya bisa terjaga dari lena.

~ Adileah ~
Sila tinggalkan komen anda di sini
[Guestbook]


My Novel

Cinta Sang Pari Pari


Judul: Cinta Sang Pari-Pari
Penulis: Maya Adelia
Terbitan: Nylea Publishing
Harga: RM19.90








Lets Party Barty Here!!!

Name :
Web URL :
Message :


calendar

<< January 2011 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


Promo time!!!

Cinta Sang Pari Pari


Judul: Cinta Sang Pari-Pari
Penulis: Maya Adelia
Terbitan: Nylea Publishing
Harga: RM19.90

Zahrah de Tigris


Judul: Zahrah de Tigris
Penulis: Khairyn Othman
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM20.00


Kopi Susu Sepatu Biru

Judul: Kopi Susu Sepatu Biru
Penulis: Ruby Hazri
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM21.00


aA+bB

Judul: aA+bB
Penulis: Hlovate
Terbitan: Jemari Seni
Harga Web: RM18.00


Persis Sebutir Pasir

Judul: Persis Sebutir Pasir
Penulis: Manjlara
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM21.00



.: Baca ni :.

Kalimah Cinta
Kasih Seharum Lavender
hlovate
Tiada Kedua
Helena
Langit Ketujuh
Cinta Si Gadis Bisu
Tentang Seorang Lelaki
Pesona
Enigma
Masihkah Ada Kasih
Cinta si Gadis Bisu
Rinduku Untukmu
Jangan Pernah Berubah
Percayalah
Bukan Itik Biasa
Janji Kita
Kisah Semalam
Mengapa Dirindu
Menyintaimu Satu Dosa?
Peluang Kedua
Kupilih Dia
Cinta Sofea
Kenangan Terindah

.: Lepak sini :.

Nota Cinta Buatmu
infazety
Akungantaro
Momentus
Melayu.com
Tulip
khatywoman
Cipok
CT
Belaian jiwaku
Monalyza
Carneyz
Bunga
Noushy Syah
NurulIman
CwazyWabbit
Wan
Kak Red Diva
RedMummy



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

credits



DevianArt
Tuesday, January 04, 2011
Cerita Tentang Kita

Makcik Limah merangkap ketua pembantu di rumah ini sedang memberikan penerangan. Wah... teserlah karisma makcik Limah sebagai ketua pembantu di rumah cik puan Juwita. Makcik Limah tu adalah kawan emaknya tapi sudah dianggap seperti makciknya juga. Kerana pujukan makcik Limah jugalah dia bekerja di sini sebagai pembantu di rumah ini.

Cik puan tu umurnya sudah menjangkau ke angka 80 tahun. Sudah sangat tua dan suaminya juga baru meninggal empat tahun lepas. Seingatnya masa tu dia baru masuk belajar di kolej. Cik puan sedang sakit dan dia memerlukan bantuan untuk bergerak sebab dia lumpuh sebelah badan. Tugasnya di sini lebih kurang macam jururawat peribadi. Ini adalah job scope yang telah disenaraikan oleh makcik Limah:

1. Membawa cik puan untuk mendapatkan rawatan bulanan di Hospital Changkat Melintang.

2. Membawa cik puan untuk fisio terapi di Hospital Besar Ipoh setiap dua minggu sekali.

3. Memberi ubat kepada cik puan sebanyak tiga kali sehari termasuk memberikan suntikan insulin.

4. Beri dan suap cik puan makan  pagi, snek, tengahari dan malam.

5. Tukarkan lampin cik puan apabila diperlukan.

6. Mandikan cik puan tiga kali sehari, itu belum termasuk waktu sembahyang lagi.

Dalam banyak-banyak senarai tugas yang diberikan, nombor lima itu agak susah untuk dia lakukan pada mulanya. Tetapi apabila memandang tubuh kurus cik puan dari sebalik pintu tadi, entah dari mana muncul pula rasa simpati yang bukan sedikit. WHaslina tua ini telah melahirkan 3 orang anak perempuan dan 6 orang anak lelaki. Cucunya pula ada seramai lebih kurang 50 orang. Cicit nya pula dia tak pasti berapa orang.

Ini senarai nama anak-anaknya mengikut nama yang tercatat pada setiap frame gambar yang tergantung di dinding. Dia nampak pun semasa nak naik tangga tadi. Kalau tak, dia memang tak pernah ambil tahu sejaarah keluarga cik puan. Tak penting pun untuk dia.

Anak nombor 1: Muhamad Bakri bin Mohd Sanusi

Anak nombor 2: Musthakim bin Mohd Sanusi

Anak nombor 3: Hasnizah binti Mohd Sanusi

Anak nombor 4: Mursyid bin Mohd Sanusi

Anak nombor 5: Hamidah binti Mohd Sanusi

Anak nombor 6: Mustapha bin Mohd Sanusi

Anak nombor 7: Mukhtar bin Mohd Sanusi

Anak nombor 8: Muhamad Amri bin Mohd sanusi

Anak nombor 9: Hasnida binti Mohd Sanusi

Rumah batu besar yang menerapkan binaan gaya ingeris ini sudah tidak bermakna lagi untuk wHaslina tua seperti cik puan. Kata makcik Limah, cik puan satu ketika dahulu sebelum kena strok sangat banyak jasanya kepada orang kampung. Contohnya Sekolah Rendah Kampung Padang Tenggala, walau pun di bawah seliaan kementerian pendidikan cik puan tetap memberikan sumbangan dari segi buku rujukan di perpustakaan dan begitu juga dengan aktiviti-aktiviti pelajar. Itu baru satu yang dia tahu.

Selain itu cik puan juga terlibat dalam pembinaan bengkel membuat biskut bakar dan kemudian di pasarkan ke kilang Roti Segar di Titi Gantung. Tentang ini dia memang tahu sangat sebab dia sangat sukakan biskut bakar yang rangup, wangi dan cair dalam mulut.

Mungkin juga ada lagi senarai kebaikan cik puan yang dia tak tahu. Sebab kata makcik Limah, cik puan seorang yang sangat merendah diri dan tidak suka kebaikannya diperkatakan oleh orang ramai. Kiranya cik puan ni low profile lah ya.

Terngiang-ngiang suara emaknya yang menyuruh dia bersabar ketika melayan cik puan. Emak ni takut sangat anaknya ni cepat hilang sabar. Sebab itulah dia tak pernah bercita-cita untuk menjadi jururawat dan dia pernah menarik diri dari Persatuan Bulan Sabit Merah sebab dia tak ada hati hendak buat perkara sebegini. Cuma... pujukan makcik Limah telah melemahkannya.

“Apa pun permintaan cik puan tu ikutkan saja. Kesian dia...”

Baiklah mak, acik akan bekerja bersungguh-sungguh dengan penuh keikhlasan. Mana tahu ada hikmah disebaliknya. Mana tahu apabila dia berkahwin suatu hari nanti, ditakdirkan mendapat ibu bapa mertua yang sakit seperti ini. Sekurang-kurangnya dalam profail kelayakan menjadi isteri dia sudah ada pengalaman menjaga cik puan.
Eh boleh kan dia masukkan kerja sampingan menjaga cik puan dalam profail menantu pilihan? Sila cakap boleh sebab kalau tak boleh pun dia akan bolehkan juga. Ini kan Malisa, tak ada yang mustahil dalam hidupnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Eh cerita lain... ha'a cerita baru.. sambil-sambil kita baca cerita tentang Ilham dan Suria, marilah pula kita baca cerita ni dulu. Tak, tak... cerita MSLD ni masih lagi kita keluarkan kat sini, jangan lupa datang baca tau...

apa pun selamat tahun baru!!!!

love: Lia

Posted at Tuesday, January 04, 2011 by Adileah

srikandi
January 6, 2011   04:57 PM PST
 
waaa..citer baru.
bestt!


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry