
|
|
calendar
| << October 2009 >> | ||||||
| Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
| 01 | 02 | 03 | ||||
| 04 | 05 | 06 | 07 | 08 | 09 | 10 |
| 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
| 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
| 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
credits
(Teaser # 3) Once upon a time: cinta Dewa Dewi
Lokasi: Rumah Yasmeen kat kampung
Pelakon utama: Yasmeen/ Adam
Pelakon Sampingan: Ibu dan Abah Yasmeen
Pelakon Penyibuk: Cik Spy Sulit
Cik spy sulit: Pernah tak kita terfikir, kadang-kadang manusia jadi buta kerana cinta. Kadang-kadang manusia jadi kurang waras juga kerana cinta. Hanya 5 huruf C.I.N.T.A tetapi kuasanya amat besar. Tengoklah Yasmeen, keras kepala ke dia? sebab pinangan dah diterima tetapi dia tetap gak selamba badak bawak Adam balik kampung
“Kenapa Meen tak cakap dengan ibu nak balik?”
“Meen nak kenalkan Adam pada ibu dan abah… dia nak masuk meminang.”
Cik spy sulit: kesian Yasmeen, dia sebenarnya keliru. memang dia cintakan Adam tetapi dia sayangkan juga keluarganya. Tetapi, Yasmeen tetap Yasmeen yang punya semangat juang yang tinggi.
Korang tahu tak masa ni kan, Yasmeen dah kecut macam tikus jumpa kucing. wajah abah Yasmeen masa ni macam singa lapar yang sangat mengerunkan. (Dah naik pangkat dari kucing ke singa lapar :p)
“Meen dah tahukan abah dah terima pinangan dari haji Sazali, kenapa pula nak bawak Adam lagi?”
“Ibu dan jadi macam abah… lebih pentingkan kawan dari anak sendiri.” Yasmeen membentak geram. Air teh dikacau kasar dan berdenting-denting bunyi sudu yang berlaga dengan teko kaca.
Cik spy sulit: kesian kan Yasmeen... korang kesian tak kat Yasmeen? kalau kesian marilah kita berdoa agar jodohnya dengan Adam panjang. mungkin bukan hari ini jodoh mereka, tetapi siapa yang tahu percaturan Allah di masa akan datang kan?
| Leave a Comment: |
| Previous Entry | Home | Next Entry |